Sunday, February 15, 2009

Alhamdulillah

walaupun pun tidak dapat bersama sehingga program amali asas perkhemahan selesai disebabkan tuntutan kerja yang perlu diuruskan saya bersyukur kerana dapat juga hadir melihat perjalanan program tersebut. Disana ramai alumni dan instruktor baru yang adanya saya kenal ada yang tidak kenal. Sokongan dari instruktor dan alumni hampir mengalahkan bilangan peserta. Saya sempat bersama-sama peserta2 menunaikan solat maghrib dan seterusnya membaca yasin untuk disedekahkan buat kakak kesayangan bos.sungguh seronok melihat rakan lama dan baru bergurau memeriahkan malam memecah sunyi sekitar camar rimba. Sayangnya tidak dapat menghabiskan byk masa bersama program sehingga program training of trainer baru-baru ini yang saya jangkakan dapatlah saya hadir bersama rakan2 iaitu shela, mus, shawn dan yg lain juga tidak dapat saya hadirkan diri kerana urusan kerja pejabat di minit2 terakhir. Kecewa memang kecewa apakan daya tangungjawab kerja perlu diuruskan dahulu.....pada kawan2 minta maaf kerna x dapat hadir tapi jangan jadikan ketidakhadiran saya sebagai alasan untuk tidak lagi memanggil dan memberitahu saya ttg prog. InsyaAllah jikalau ada kelapangan sudah pasti saya akan kembali.

Salam ukhwah dan tahniah buat semua yang berjaya dalam kehidupan masing2 tidak kira dimana anda berada...