Saturday, April 16, 2011

Assalammualaikum,

Seminggu aku berkampung di UiTM segamat untuk Kejohanan Bolasepak Piala Dato' Naib Canselor UiTM dimana UiTM segamat menjadi tuan rumah untuk edisi yang ke-7 kali ini. Alhamdulillah atas usaha dan komitmen semua rakan dan pengurusan bolasepak Shah Alam akhirnya membuahkan hasil dengan menggenggam kejuaraan bagi tahun ini apabila gagal pada tahun lepas di pentas final. Aku juga berasa terharu dan bersyukur kerana di usia yang makin meningkat ini aku akhirnya mendapat anugerah pemain terbaik sesuatu yang langsung tidak aku jangkakan. Terima kasih kepada jawatankuasa pemilihan atas pemilihan ini. Sesungguhnya membawa banyak makna dan erti dalam hidup aku selama menjadi pemain bolasepak seawal usia 6 tahun. Kepada rakan-rakan sepasukan komitmen dan semangat juang anda amat aku kagumi dan tabik kerana impian dan matlamat yang diletakkan telah dicapai atas keberaniaan dan kesungguhan yang tidak berbelah bagi. Bagi mereka yang terlibat dibahagian pengurusan, jasa anda juga amat dihargai, semangat, usaha anda juga membantu kejayaan pasukan buat pertama kali nya menjulang piala berprestij di peringkat UiTM ini.

Dengan permulaan dibelasah 5 - 1 oleh UiTM Melaka pada perlawaan pertama telah menjadi titik tolak kebangkitan Shah Alam yang merupakan naib johan edisi 2010. Perlawanan kedua diharungi dengan perubahan taktikal oleh pengendali telah membuahkan hasil dengan kemenangan tipis ke atas UiTM kelantan 2-1. Setelah itu UiTM Shah Alam tidak lagi menoleh kebelakang keyakinan yang makin menebal dalam diri setiap pemain telah menyemarakkan lagi api perjuangan ke peringkat suku akhir dengan bertemu pasukan pilihan dan merupakan juara edisi 2010 iaitu UiTM Perak. Permulaan separuh masa pertama yang amat baik dengan corak taktikal menyerang seawal minit pertama telah membuahkan hasil apabila berjaya mendahului pihak lawan dengan jaringan 3-1. Pemain-pemain telah menunjukkan satu kebangkitan yang luar biasa sehingga aku sendiri juga tidak menyangka kemenangan ke atas pasukan pilihan ini. Akhirnya terbalas juga kekalahan pentas akhir kepada UiTM perak tahun lepas dengan kemenangan 4-2 di peringkatsuku akhir dan lebih manis apabila aku juga berjaya menjaringkan satu gol buat pasukan. Bagi perlawanan peringkat separuh akhir, kami menempuh laluan sukar apabila bertemu pasukan yang cukup liat untuk ditumpaskan iaitu UiTM Sarawak dan akhirnya perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri sehingga ke masa tambahan. Akhirnya keputusan menyebelahi pasukan Shah Alam apabila berjaya mara ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut untuk kembali bertemu pasukan UiTM Melaka yang memang kami jangkakan. Dengan kesan yang masih terpahat di dada atas kekalahan pada perlawanan pertama tempoh hari menjadikan kami lebih bersemangat dan bertekad berjuang habis habisan untuk membalas kembali kekalahan dan seterusnya menjadi juara untuk edisi kali ini.....