Thursday, May 3, 2012

Bolasepak Malaysia

Assalammualaikum,

Saya terpanggil untuk berbicara berkaitan isu-isu bolasepak negara pada masa ini. Saya hanyalah pencinta sukan bolasepak negara, mohon maaf jika nukilan saya ini mengetuk kemarahan dan sensitiviti sesiapa di luar sana. Antara isu-isu bolasepak negara adalah hukuman yang dijatuhkan kepada pengurus pasukan bolasepak Kelantan, kejayaan pasukan Harimau Malaya membenam Sri lanka, kejayaan pasukan Kelab Sime Darby melangkah ke perlawanan akhir Piala FA serta banyak lagi yang boleh dikongsikan di sini. Saya tertarik untuk memperkatakan tentang inisiatif dan usaha satu syarikat koprat yang menubuhkan akademi bolasepak untuk membantu badan induk bolasepak negara menyediakan pemain-pemain yang berkualiti di peringkat negara mahu di luar negara. Melihat kepada bilangan akademi yang telah ditubuhkan diseluruh negara mencerminkan betapa sukan ini masih lagi mendapat tempat di hati masyarakat serta sokongan ibu bapa yang masih mahu memberikan peluang dan menyokong pembabitan anak-anak mereka dalam sukan bolasepak ini.

Akademi bolasepak Frenz United yang baru-baru ini telah dirasmikan boleh menjadi contoh terbaik pembabitan syarikat koprat yang mahu merealisasikan impian 23 juta rakyat Malaysia yang ingin melihat pasukan bolasepak negara suatu hari nanti berjaya bersaing dengan kuasa-kuasa bolasepak dunia. Perbelanjaan yang tinggi diperuntukkan kepada akademi ini merangkumi penyediaan kemudahan fasiliti yang lengkap, penginapan yang selesa, makanan dan nutrisi yang terkawal, pendidikan yang terbaik serta kepakaran jurulatih dan pegawai-pegawai teknikal yang berpengalaman dan berkelayakan telah menaikkan imej dan taraf bolasepak negara. Matlamat Akademi ini adalah untuk membangunkan satu pemilihan elit pemain bola sepak profesional yang berkemahiran tinggi, yang mempunyai potensi untuk menjadi bintang bola sepak antarabangsa. Kesemua ini akan membantu dalam pembentukan pemain-pemain yang mantap dan berpotensi untuk diketengahkan di peringkat negara mahupun antarabangsa. Tiada yang mustahil untuk kita melihat pasukan kebangsaan kita beraksi di Piala Dunia suatu masa nanti kerana China, Jepun dan Korea telah membuktikannya.

Selain dari sokongan syarikat koprat ini, masyarakat dan komuniti setempat juga dapat membantu dalam merealisasikan objektif dan matlamat itu dan ini telah dibuktikan dengan kehebatan kelab-kelab antarabangsa seperti Arsenal, Manchester dan sebagainya yang hanya bermula dengan sokongan komuniti setempat dan kini menjadi gah dan dikenali diseluruh dunia.

Tahniah buat Frenz United Football Academy yang memberikan dimensi baru dalam sukan bolasepak negara dan diharapkan objektif serta matlamat akan tercapai seterusnya merealisasikan impian peminat-peminat bolasepak negara untuk melihat kemajuan dan kejayaan yang lebih bermakna dan dikenang.

Sunday, April 29, 2012

SALAM,


tertarik berkongsi pengalaman yang ada............ingat lagi semasa mula2 menjejak kakiku ke Universiti.....sedih bercampur gembira, sedih kerana pengajian aku semasa matrikulasi tidak dapat dihabiskan, pengajian di peringkat diploma juga tidak dapat diteruskan akibat kesempitan hidup keluarga pada masa itu, gembira kerana impian untuk terus belajar dapat diteruskan.


1996 SPM pertamaku hanya SAP sahaja aku cukup kecewa dan hampir meninggalkan bidang pelajaran tetapi atas bantuan guruku aku meneruskan utk mendudukinya buat kali kedua akhirnya aku berjaya juga mendapat keputusan yang lebih baik. Aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam matrikulasi UPM dalam sains hayat tetapi hanya 1 semester sahaja kerana gagal , aku menukar pengajian ku ke diploma sains komputer kali ini aku berjaya juga sehingga ke semester 3 sahaja akibat kesempitan hidup aku berhenti walaupun keputusan aku cemerlang. Aku belajar dan bekerja di restoran selepas waktu kelas dan pulang kerja jam 3 pagi demi menampung kehidupan ku di kota raya ini.begitula kehidupan aku berlalu hampir 3 bulan sebelum pensyarah aku dapat tahu dan menasihati aku utk tumpukan kpd pelajaran aku redha dan akhirnya ku berhenti dan pulang ke kampung kerana tidak dapat membayar yuran pengajian semester baru....sedih dan pilu tidak terkira tapi aku teruskan juga kehidupan dan berazam akan memasuki universiti juga suatu hari nanti. Hampir setahun aku bekerja di kampung dlm masa yang sama aku memohon melanjutkan pelajaran alhamdulillah akhirnya pada tahun 1999 aku berjaya mendapat tempat di fakulti sains sukan rekreasi bermula la permulaan aku mengejar impian menjadi mahasiswa. Disini juga la aku mengenali rekreasi yang sebenarnya sedar tidak sedar membawa banyak perubahan pada diriku.Aku mengenali tentang alam kurniaan Allah ini, mengenali potensi diri, bertemu sahabat2 mempelajari ilmu baru dan menimba pengalaman dalam aktiviti2 rekreasi.


Kegagalan masa silam telah membuatkan aku menjadi lebih kuat dan tabah, kehidupan di universiti jauh berbeza semasa aku belajar dahulu. untuk tidak menyusah kan kedua org tua ku dengan bakat yang dikurniakan aku mencari rezeki dengan bermain bolasepak dan pada masa yang sama terus belajar mencapai cita-cita. Alhamdulillah berkat doa ibu ayah dan usaha aku berjaya menamatkan pengajian ku dalam bidang diploma dan ijazah,suatu pencapaian yang amat membanggakan bagi diri ku.


Dan sekarang aku telah bekerja juga di universiti yang sama, syukur pada Allah sesungguhnya tiada apa yang mampu merubah hidup kita melainkan usaha berterusan dan tawakal kepada Allah.

Apa yang aku ingin kongsikan di sini bukanla untuk mendabik dada tetapi cuma nukilan hati dan perasaan ku yang juga sebagai pengalaman yang mungkin juga boleh dikongsikan bersama.Sehingga ke hari ini, aku akan tetap mengenangkan segala yang berlaku sebagai iktibar dalam hidup ini kerana kita bukannya selalu akan berada di puncak kadang-kadang kita akan jatuh juga ke bawah tetapi berbekalkan pengalaman yang ada kita mampu menanganinya


Pelaburan masa muda anda

Assalammualaikum,

Teratak tua ini telah mendiamkan diri agak terlalu lama.....tetapi seribu maknanya masih ada.....saya terpanggil untuk berkongsi maklumat dan sesuatu yang saya rasakan memberikan manfaat dan faedah berguna bagi mereka yang berada pada zaman muda masing-masing. Zaman muda akan berakhir suatu hari nanti itu sudah pasti dan kesempatan ini perlu di ambil agar tiada kesalan di kemudian hari. Apa yang ingin dikongsikan adalah pelaburan masa depan anda dunia dan akhirat, menabung untuk mengerjakan rukun islam yang ke-5 disamping menderma serta mendapat manfaat perubatan untuk diri sendiri.

Saturday, April 16, 2011

Assalammualaikum,

Seminggu aku berkampung di UiTM segamat untuk Kejohanan Bolasepak Piala Dato' Naib Canselor UiTM dimana UiTM segamat menjadi tuan rumah untuk edisi yang ke-7 kali ini. Alhamdulillah atas usaha dan komitmen semua rakan dan pengurusan bolasepak Shah Alam akhirnya membuahkan hasil dengan menggenggam kejuaraan bagi tahun ini apabila gagal pada tahun lepas di pentas final. Aku juga berasa terharu dan bersyukur kerana di usia yang makin meningkat ini aku akhirnya mendapat anugerah pemain terbaik sesuatu yang langsung tidak aku jangkakan. Terima kasih kepada jawatankuasa pemilihan atas pemilihan ini. Sesungguhnya membawa banyak makna dan erti dalam hidup aku selama menjadi pemain bolasepak seawal usia 6 tahun. Kepada rakan-rakan sepasukan komitmen dan semangat juang anda amat aku kagumi dan tabik kerana impian dan matlamat yang diletakkan telah dicapai atas keberaniaan dan kesungguhan yang tidak berbelah bagi. Bagi mereka yang terlibat dibahagian pengurusan, jasa anda juga amat dihargai, semangat, usaha anda juga membantu kejayaan pasukan buat pertama kali nya menjulang piala berprestij di peringkat UiTM ini.

Dengan permulaan dibelasah 5 - 1 oleh UiTM Melaka pada perlawaan pertama telah menjadi titik tolak kebangkitan Shah Alam yang merupakan naib johan edisi 2010. Perlawanan kedua diharungi dengan perubahan taktikal oleh pengendali telah membuahkan hasil dengan kemenangan tipis ke atas UiTM kelantan 2-1. Setelah itu UiTM Shah Alam tidak lagi menoleh kebelakang keyakinan yang makin menebal dalam diri setiap pemain telah menyemarakkan lagi api perjuangan ke peringkat suku akhir dengan bertemu pasukan pilihan dan merupakan juara edisi 2010 iaitu UiTM Perak. Permulaan separuh masa pertama yang amat baik dengan corak taktikal menyerang seawal minit pertama telah membuahkan hasil apabila berjaya mendahului pihak lawan dengan jaringan 3-1. Pemain-pemain telah menunjukkan satu kebangkitan yang luar biasa sehingga aku sendiri juga tidak menyangka kemenangan ke atas pasukan pilihan ini. Akhirnya terbalas juga kekalahan pentas akhir kepada UiTM perak tahun lepas dengan kemenangan 4-2 di peringkatsuku akhir dan lebih manis apabila aku juga berjaya menjaringkan satu gol buat pasukan. Bagi perlawanan peringkat separuh akhir, kami menempuh laluan sukar apabila bertemu pasukan yang cukup liat untuk ditumpaskan iaitu UiTM Sarawak dan akhirnya perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri sehingga ke masa tambahan. Akhirnya keputusan menyebelahi pasukan Shah Alam apabila berjaya mara ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut untuk kembali bertemu pasukan UiTM Melaka yang memang kami jangkakan. Dengan kesan yang masih terpahat di dada atas kekalahan pada perlawanan pertama tempoh hari menjadikan kami lebih bersemangat dan bertekad berjuang habis habisan untuk membalas kembali kekalahan dan seterusnya menjadi juara untuk edisi kali ini.....

Monday, March 28, 2011

TOTAL QUALITY MANAGEMENT

Alhamdulillah berjumpa lagi di pagi yang sungguh indah ini.....hari nie bangun awal sesudah solat subuh terus menghantar insan tercinta ke tempat kerja dan kemudiannya terus ke kampus sungai buloh ke tempat kerja ku......sampai opih lepak lam kereta layan riuh pagi ERA lagi....masuk opih terus buat nescafe segelas then bermula la coretan ku di dalam blog ini......kisah ku dan masterku. semester kedua ini aku sedikit keletihan dengan desakan tugas dan kerja rumah serta komitmen keluarga dan juga sebagai pengajar, betul orang kata bukan senang nak jadi senang, so kesusahan dari zaman kanak-kanak la yang banyak mengajar aku erti cabaran dan rintangan di dalam kehidupan pokok pangkalnya kita tabah dan sabar dalam mengharunginya serta sentiasa menadah tangan berdoa kepadanya insyaallah cabaran yang datang itu akan sentiasa di harungi dengan penuh senyuman dan keikhlasan. Bukan aku sengaja nak menjadikan pagi ini pagi yang muram tetapi sekadar merenung sejenak kekilafan seorang hamba di muka bumi ini yang tidak lari dari melakukan salah dan dosa yang berterusan dan berterusan jugala berusaha dan beramal untuk kembali ke jalan yang diredhai olehnya. Kadang-kadang aku terfikir dosa-dosa lampau yang telah aku lakukan, adakah sekarang aku mula mendapat balasannya?.. Subhanallah maha suci Allah, hamba mu ini memohon keampunan dan keredhaan dari mu ya Allah dari segala dosa-dosa yang telah dilakukan semoga dimakbulkan oleh mu yang maha berkuasa lagi maha pengampun. Alhamdulillah, setelah bekeluarga banyak perubahan yang dilakukan ke arah menjadi insan yang lebih baik, syukur juga kepadanya dikurniakan seorang isteri yang juga sebagai sahabat karib yang sangat memahami dan membantu ke arah melakukan perubahan dalam diri mahupun kehidupan. Terima kasih kepada ibu dan ayah yang tercinta atas pengajaran yang telah mereka lakukan semasa zaman kanak-kanak dan remajaku prinsip berdikari yang telah diterapkan seawal 7 tahun dahulu amat bermakna dan berguna bag diriku pada masa kini. So, dimana kita sekarang masih di awang-awangan ? atau di dalam gua yang penuh dengan kegelapan?atau masih dibaluti selimut tebal ? di mana pun kita yang penting kita harus sentiasa ingat bahawa kehidupan nyata pasti kita teruskan walaupun dalam apa jua kesukaran dan kepayahan yang bakal mengekori dan mengganggu kita. Okla, kene stop kat sini dulu, start untuk bekerja untuk hari ni...hingga jumpa lagi..... wassalam

RESEARCH METHODOLOGY CLASS

Assalammualaikum, Sudah lame aku x menjengah blog aku nie...hu sibuk sungguh sampai kan terlupa.....banyak yangnak aku coretkan disini tapi sedikit2 akan aku aku keluarkan isi hati dan dalam kotak pemikiran aku ni....firstly syukur alhamdulillah sebab dah nak abis pun semester 2 dah pengajian aku..alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan berharap akan terus begitu sehingga la mengenggam segulung skroll tue insyaallah....banyak yang aku pelajari sejak aku menyambung pelajaran ni....dulu pelajar sepenuh masa sekarang pelejar separuh masa...fuhh dugaan org bekerja dan belajar serta mengajar dalam masa yang sama memang bukan senang untuk dihadapi....baru aku tahu mcm mana bapak2 yang dok buat master and PHD tue rasa...now aku rasakan plak...mula-mula jem jugak aku tapi aku cuba utk tidak stress dan mengawal masa aku alhamdulillah so far so good la........dah masuk 2nd sem ni bertambah kerja sekolah mahupun kerja pejabat bersaing serentak membuatkan benakku kadang2 terkedu istilah bro bro ni kira jem japla otak aku ni...tp support dari insan tercinta dan keluarga menjadi pembakar semangat dalam meneruskan perjuangan dan impian ini..............kla esok aku akan sambung lagi coretan yang x seberapa ni tapi ia amat bermakna bagi hamba kerana ini kisah kehidupan hamba.........

Sunday, November 1, 2009

Piala Malaysia vs EPL


Saingan Piala Malaysia sudah sampai ke penghujungnya Red Warrior dan sang Kancil beradu tenaga dan sudah pasti satu pertembungan yang menarik untuk ditonton...tetapi adakah ia sehebat English Premier Leauge?..inilah persoalannya.....sebenarnya liga malaysia masih lagi mendapat perhatian dan ditonton, buktinya kita dapat lihat bagaimana reaksi penyokong-penyokong pasukan yang sanggup menempuhi beratus kilometer semata-mata untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi. Mereka menunjukkan kesungguhan mereka menyokong malah semangat mereka lebih hebat dari pemain yang bermain. Kehadiran mereka inilah yang telah membantu dalam menentukan kemajuan dan kejayaan sesuatu pasukan, kita dapat lihat pasukan-pasukan yang mempunyai penyokong yang ramai sentiasa akan mendapat keputusan yang agak baik berbanding pasukan yang kurang penontonnya...ada pasukan yang tewas 2 3 perlawanan tetapi penyokong tetap terus datang memberi sorakan dan akhirnya pasukan itu kembali ke prestasi yang cemerlang.

Tetapi dalam kita membincangkan kepentingan penyokong untuk setiap pasukan ada cerita yang tidak suka untuk didengar dan dilihat. Penyokong yang ramai sudah tentu susah untuk dikawal inilah yang berlaku di stadium-stadium di negara kita, penyokong-penyokong fanatik ini telah mencemarkan kehebatan pasukan mereka sendiri apabila menunjukkan kehebatan mereka dalam permainan mercun, baling batu, pukul-memukul dan bakar-membakar. Sedih untuk melihat perkara sebegini berlaku di dalam negara yang penuh dengan nilai kebudayaan dan kesopanan yang kita agungkan ini, tidak semua penyokong sebegini rupa mungkin cuma segelintir tetapi seperti kata pepatah " kerana nila setitik rosak susu sebelanga " . Kita seharusnya memahami erti sukan, erti semangat kesukanan mahupun semangat berpasukan agar kita lebih profesional dan menjadikan sukan ini sesuatu yang hebat dan berprestij.

Kenapa perlu bergaduh dan merosakkan harta benda hanya kerana satu permainan. Kenapa kita tidak bergaduh kerana anak melayu kita dirosakkan oleh budaya luar di perguna oleh bangsa lain untuk menjatuhkan kita?...fikir-fikirkan la......Sukan itu suatu yang indah dan menguntungkan tidak hanya dari segi ekonomi atau faktor kewangan tetapi juga fizikal, mental mahupun emosi. Marilah bersama-sama kita membantu menaikkan imej sukan negara kita di mata dunia bukannya menjatuhkan maruah sukan dan maruah kita sendiri.....


P/S: Emak pernah berpesan " kalau kau nak berjalan tengok tempat orang belajar rajin-rajin dan masuk universiti ", dan bila dah masuk universiti dan aktif bersukan hampir seluruh malaysia termasuk sabah dan sarawak dah aku lawati..