Monday, August 25, 2008

bolasepak malaysia

Assalammualaikum,

Perbincangan kita hari ini berkaitan bolasepak negara, saya bukanla orang penting dalam bolasepak negara tetapi hanya peminat yang ingin melontarkan pendapat dan berbincang mengenai situasi bolasepak negara. Sebelum itu, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Ahmad Basri Akil yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amin.......

Berbalik kepada topik ini, kita sudah melihat kemajuan dan juga kemerosotan mutu bolasepak di negara kita. Kita juga membaca dan melihat kemajuan bolasepak luar negara mahupun negara-negara jiran kita. Perbandingan yang kita dapat lihat cukup ketara dari segi kualiti pemain dan juga permainan, dari segi kemudahan prasarana mungkin hampir setanding.

Pernah tak kita terfikir kenapa kita ketinggalan jauh dari negara-negara lain?sedangkan kita nie negara membangun dan sepatutnya dari hari ke hari semakin baik. Berbagai-bagai alasan dikemukakan orang kita saiz kurangla, tak ada semangatla dan bermacam-macam lagi yang kita dengar. Adakah kajian yang menyeluruh yang kita buat ? satu penyelidikan yang mungkin mengeluarkan perbelanjaan yang besar tetapi mungkin juga mendatangkan hasil siapa tahu?

Tuesday, August 19, 2008

sanbungan

gangguan tersebut berlaku didalam bas yang kami naiki, apabila seorang rakan wanita pengsan dan makhluk itu menguasai dirinya. Instruktor bertungkus lumus mengawal dan cuba memujuk makhluk tersebut untuk tidak mengganggu kami tapi usaha itu pada mulanya sia-sia sahaja.
Makhluk tersebut mula berkata apabila ditanyakan soalan kenapa dia mengganggu, lalu dia menjawab " korang semua datang tempat aku, amik barang-barang aku nak makan kari kepala biawak la ". seram sejuk aku sekarang nie bila mengenangkan apa yg diungkapkan oleh makluk tersebut. Setelah merayu-merayu agar dia tidak mengganggu lagi maka makhluk itu pun beredar dan wanita tadi tersedar. Alhamdulillah, kami meneruskan perjalanan tetapi sepanjang perjalanan tersebut aku dan sahabatku tidak berhenti berzikir sehinggala tidak kami sedari kami terlelap dan tiba ke shah alam. Gangguan itu tidak hanya berakhir di jeti mersing, sebaik tiba di shah alam, makhluk tersebut menyerang instruktor pula, kali ini lebih dasyat. kami diperintahkan dikuarantin didalam satu bilik sementara urusan mengeluarkan makhluk tersebut berlangsung. Ya Allah besar dugaanmu kepada kami, Alhamdulillah syukur ke atas keselamatan dan pengajaran yang diberikan olehmu.

Selepas peristiwa itu aku mula ingin lebih tahu tentang alam yang lain ini. Aku menyertai persatuan rekreasi untuk mendapatkan lagi pengalaman dan sehingga ke hari ini aku terus mempelajari ilmu tentang makhluk halus ini.

Di hati ini hanya ada satu apapun ia, ia tetap makluk Allah dan kita sebagai manusia takutkan Azab Allah dan percaya bahawa tiada lain yang disembah melainkan Allah.

Sunday, August 17, 2008

Sesejuk Embun pagi

Salam,

Bertemu lagi di pagi yang mendung dan penuh dengan kedinginan ini. Syukur kita pada Allah yang Maha Esa atas limpah rahmat dan kurnianya dapat lagi melihat dan merasai keharmonian dunia. Amin...........................................

Sungguh sejuk pagi ini, aku liputi badanku dengan jaket biru yang baru aku beli di pesta konvo USM penang semalam. (he3)..........aku kesana menghadiri jemputan kenduri kahwin sedara mara, dan kebetulan USM tengah mengadakan istiadat konvokesyen mereka aku tidak lepaskan peluang utk ke pesta konvonya...banyak barangan dijual disana, lama aku meninjau barang yang berkenan dihati sekali mataku terlirik ke sebuah kedai yang menjual pakaian2 USM disitu juga terdapat apa yang aku hajati....jaket biru untuk dipakai di pejabat nanti...aku terus membelinya dan berlalu pulang. Pagi nie tatkala pagi menjelma aku memakai jaket yang ku beli disebabkan kesejukan pagi yang menusuk ke tulang-tulangku.

Sebenarnya, apa yang ingin aku kongsikan bersama adalah berkenaan makhluk halus yang sedang hangat diperbicarakan. Adakah anda semua percaya kewujudannya?Adakah ianya rekaan semata-mata?Adakah semuanya tidak baik?

Itulah yang bermain di fikiranku, Sebelum ini aku hanya mengganggapkan perkara ini adalah perkara biasa sahaja tanpa tidak mahu mengetahuinya secara lebih mendalam. Bagiku, selagi ia tidak menggangguku aku tidak akan memikirkannya. Aku seorang anak kampung dari pulau nun di utara sana, hutan, sungai, bukit dan laut merupakan tempat permainanku semasa kecil bersama rakan-rakan. Semasa kecil aku tidak memikirkan bahaya dan malapetaka ketika bermain.. hutan tebal dibelakang rumahku suatu masa dulu aku redah sejauh-sejauhnya untuk mencari sesuatu yang aku sendiri tidak pasti cuma yg ku tahu adalah kepuasan dan keseronokan, ke sungai mandi manda sambil melakukan aksi terjun yang berbagai-bagai walhal aku pernah hampir-hampir lemas di sungai tetapi kerana keseronokan aku abaikannya. Itu zaman kecilku, zaman aku di tanah kelahiranku tapi setelah aku melanjutkan pelajaranku ke sebuah universiti di lembah klang dan pelajaran aku itu perlukan aku melakukan aktiviti perkhemahan yang mengambil masa lebih kurang satu minggu. Disini la bermula, aku mula berfikir tentang kejadian-kejadian yang berlaku semasa kecilku, cerita-cerita rakan yang pernah aku dengar dan sebagainya. Program diberi nama Tioman Quest yang berlangsung di kawasan pulau tioman yang diberi nama samungkut telah membuatkan aku mula meminati perkara-perkara halus ini yang satu masa dulu tak pernah ku amik tahu.Kejadian yang berlaku disana mula membuatkanku takut pada kekuasaan Allah dan menjadikanku lebih berani dan yakin pada diri sendiri, mungkin sahabat-sahabatku yang membaca coretan ini akan mengingati peristiwa yang akan dikenang sepanjang masa dan menjadi nadi kekuatan kita sebagai manusia di alam Allah Yang Maha Besar ini.

Dari peristiwa ini, baru ku tahu makhluk di alam lain juga mempunyai kehidupan mereka sendiri. Kita sebagai manusia juga perlu menghormati yang lain. Setahu akula, Makhluk ini ada yang baik ada yang tidak baik kalau aku salah betulkanla k, yang tidak baiknya yang manusia selalu gunakan bagi menyakitkan orang lain...mmm benci aku pada manusia yang menggunakan sihir ini kerana bagi aku mereka adalah org yang paling dayus dan tidak beraqidah.

Balik kepada peristiwa di tioman, aku serta rakan-rakan yang lain sudah mendapat tanda awal kewujudan makhluk ini semasa berada di sana tapi kerana keletihan dan tertekan kami abaikan yang hanya ada didalam pemikiran kami adalah menyelesaikan program tersebut. Banyak perkara pelik yang berlaku di sekeliling kami ketika berada disana. Akhirnya kepelikkan tersebut diterjemahkan pada malam terakhir program kami, seorang sahabat wanita tumbang dan diikuti seorang lagi, keadaan menjadi kelam kabut ada yang menjerit ada yang terpaku dan ada yang diam membatu. Ketika itu aku bersama seorang sahabat yang juga berilmu tapi dia telah kembali kerahmatullah 5 tahun yang lalu Al fatihah untuknya...........................................kami hanya menyaksikan instruktor-intruktor program mengawal keadaan tersebut, semua sahabat lelakiku diperintah untuk berada diluar khemah pusat manaka yang wanita berada di dalam khemah pusat bagi mengelakkan ramai lagi dari mereka yang mungkin akan diserang makhluk halus ini.

Arwah sahabatku ini memberitahuku, " kau nak tengok ke makhluk yang mengganggu kita nie?"
terkejut aku mendengar kata-katanya. " ish ko gila ke ape tak nak aku". dia ketawa kecil ke arah aku. setelah hampir 3 jam keadaan semuanya terkawal dan keesokan paginya kami berkemas untuk berangkat pulang. Perkara yang tidak aku endahkan sebelum ini telah pun berlaku didepan mataku, sekali lagi gangguan ini menjelma tatkala aku dan yang lain-lain menaiki bas untuk pulang ke universiti. " Ya Allah, Engkaulah Maha Besar dan Engkaulah Maha Agung "

To Be Continue.....................................

Thursday, August 14, 2008

untuk ibu-ibu tercinta ini khas buat mu................................

PUTERIKU SAYANG

ADUHAI PUTERIKU SAYANG
PUTERIKU SAYANG UUUUUU

LEMBUTMU TAK BERERTI KAU MUDAH DI JUAL BELI
KAU MAMPU MENYAINGI LELAKI DALAM BERBAKTI
LEMBUT BUKAN HIASAN BUKAN JUA KEBANGGAAN
TAPI KAU SAYAP KIRI PADA SUAMI YG SEJATI
DISEBALIK BERSIH WAJAHMU DISEBALIK TABIR DIRIMU
ADA RAHSIA AGUNG TERSEMBUNYI DALAM DIRI
ITULAH SEKEPING HATI YG TAKUT PADA ILLAHI
BERPEGANG PADA JANJI MENGABDIKAN DIRI

ADUHAI PUTERIKU SAYANG
PUTERIKU SAAAAYANG

MALUMU MAHKOTA YANG TIDAK PERLUKAN SINGGAHSANA
TETAPI IA BERKUASA MENJAGA DIRI DAN NAMA
TIADA SIAPA YANG AKAN BOLEH MERAMPASNYA
MELAINKAN KAU SENDIRI YANG PERGI MENYERAH DIRIIIIII

KETEGASAN MU UMPAMA BENTENG NEGARA DAN AGAMA
DARI DI ROBOHKAN DAN JUA DARI DIBINASAKANNYA
WAHAI PUTERIKU SAYANG
KAU BUNGA TERPELIHARA
MAHLIGAI SYURGA ITULAH TEMPATNYA

ADUHAI PUTERIKU SAYANG
KAU BUNGA KEBANGGAAN
ADUHAI PUTERIKU SAYANG
KAU BUNGA IDAMAN

LEMBUTMU TAK BERERTI KAU MUDAH DI JUAL BELI
KAU MAMPU MENYAINGI LELAKI DALAM BERBAKTI
LEMBUT BUKAN HIASAN BUKAN JUA KEBANGGAAN
TAPI KAU SAYAP KIRI PADA SUAMI YG SEJATI
DISEBALIK BERSIH WAJAHMU DISEBALIK TABIR DIRIMU
ADA RAHSIA AGUNG TERSEMBUNYI DALAM DIRI
ITULAH SEKEPING HATI YG TAKUT PADA ILLAHI
BERPEGANG PADA JANJI MENGABDIKAN DIRI

ADUHAI PUTERIKU SAYANG
PUTERIKU SAAAAYANG




MALUMU MAHKOTA YANG TIDAK PERLUKAN SINGGAHSANA
TETAPI IA BERKUASA MENJAGA DIRI DAN NAMA
TIADA SIAPA YANG AKAN BOLEH MERAMPASNYA
MELAINKAN KAU SENDIRI YANG PERGI MENYERAH DIRIIIIII

KETEGASAN MU UMPAMA BENTENG NEGARA DAN AGAMA
DARI DI ROBOHKAN DAN JUA DARI DIBINASAKANNYA
WAHAI PUTERIKU SAYANG
KAU BUNGA TERPELIHARA
MAHLIGAI SYURGA ITULAH TEMPATNYA

UUUUUU!UUUUU!!UUUUU!!

Sahabat tiada ternilai




Assalammualaikum,

sekadar renungan....

Keagungan Tuhan

3 tahun bersama adalah satu jangkamasa yang panjang untuk sebuah persahabatan jika tidak dinilai dan dihayati sepenuhnya maka tiadalah maknanya erti kehidupan bersahabat. Lumrah kehidupan manusia untuk mengenangkan sesuatu yang indah dan menyeronokkan tetapi disebalik keindahan dan keseronokan itu terselit kedukaan yang merentap perasaan yang mungkin akan dikenang seumur hidup sebagai manusia di alam nyata ini.

Tanggal 31hb Mac 2003, satu kejadian yang merentap perasaan sehingga 5 tahun ia berlalu ia tetap dikenang dan diingati anugerah tuhan yang maha esa.
Lahirnya kedunia ini, memberikan kegembiraan semua yang selalu berada disekelilingnya. Ilmunya, jasanya, kebaikannya, kegembiraannya membayangkan betapa indahnya keperibadiannya yang mungkin suatu masa nanti diberi kesempatan sekali lagi untuk bersama tak mungkin dipersiakan begitu sahaja. Sang Ibu meratap pilu pemergiannya kerana tidak puas untuk menikmati hidup bersama dengannya. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosanya dan tempatkanlah dia di kalangan orang yang diredhaimu.

Setelah 5 tahun berlalu, inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ku ke mahligai sahabat yang dirindui dan disayangi. Ketika dia dijemput oleh pencipta yang maha esa aku tidak bersamanya dan tidak berkesempatan menatap wajahnya tidak juga mengiringinya ke pusaranya.Aku tidak sanggup untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya kerana bagiku dia tetap hidup dihatiku.Sebaik ku menjejakkan kaki di mahligainya daun pintu mahligai terbuka dan wajah ibu yang ku amat kenali muncul di sebaliknya.Hatiku sebak lantasku mengucapkan salam dan dia membalas dengan senyuman seorang ibu yang kesepian ku hulurkan tangan tanda hormat manusia terhadap yang lebih berusia. Setelah memperkenalkan diri, aku dipelawa masuk dan alangkah pilu rasa hati ini setelah sekian lama akhirnya aku menjejakkan kaki ke rumah yang pernah aku jejaki suatu masa dlu bersama sahabatku.

Permulaan bicara yang penuh dengan hiba itu, wanita yang digelar ibu itu lantas bangun menuju ke bilik. Mataku meliar disegenap pelusuk ruang mahligai itu untuk mengingati kenangan-kenangan lalu yang pernah aku kecapi di sini. Ibu keluar dari biliknya dengan membawa beberapa barang dan aku tertanya-tanya apakah yang cuba diberikan kepadaku dan apakah maksud ibu tadi mengeluarkan barang-barang tersebut. Akhirmya terjawab barang-barang itu merupakan album-album gambar lama sahabatku. Aku selak satu persatu gambar-gambarnya betapa hiba dan sedihnya hati ini melihat kembali wajah insan yang digelar sahabat ini sambil mendengar rintihan si ibu tentang anaknya. Dari rintihannya itu ia menceritakan betapa terasa kehilangan seorang anak yang begitu dihargai olehnya aku amat memahaminya kerana aku juga merasakannya walaupun sudah 5 tahun ia berlalu tentunya si ibu amat terasa keperitannya kerana setahun selepas kehilangan anak kesayangan dia kehilangan suami tercinta dan seterusnya bonda tersayang.Diselang seli dengan tangisan, ibu terus menceritakan kisah-kisah hidup anaknya dan aku menjadi pendengar yang setia kerana setiap katanya menyatakan kebenaran tentang sahabatku.Tersentap hatiku bila si ibu menceritakan bahawa setiap petang dia akan menyelak ratusan gambar sahabatku untuk menyatakan kerinduan terhadap insan yang disayangi.

Ya Allah sesungguhnya kau la yang maha mencipta dan maha berkuasa, hampir 2 jam berada di mahligai sahabatku ini tiba masanya aku minta izin untuk pulang dan sebelum aku pulang ingin aku menunaikan hajat hatiku untuk menatap pusara sahabatku buat pertama kalinya setelah 5 tahun pemergiannya. Si ibu begitu sedih tatkala aku menyatakan hendak pulang linangan air mata mengiringi kepulanganku dan kata-kata si ibu itu membuatkan aku rasa teramat terasa dan sedih " Makcik anggap macam anak makcik senang-senang datang la lagi " ungkapan itu membuatkan aku rasa aku perlu datang melawatnya disamping melawat pusara sahabatku.

Aku berlalu pergi dengan hibanya menuju ke pursara yang tidak berapa jauh dari mahligainya. Disisi pusaranya aku sedekahkan Al-Fatihah untuk kesejahteraan dia di sana.

Sahabatku, belum puas aku mempelajari ilmu darimu kau telah pergi dulu, kenangan indah ketika bersama akan ku kenang dan ingati selalu, terima kasih atas ilmu dan jasa yang telah engkau kongsikan bersama. Sesungguhnya kaulah sahabat di dunia da akhirat.Doaku sentiasa mengiringi mu dan semoga Allah menempatkan kau dikalangan orang-orang yang soleh.

Amin................................................

Al-Fatihah kepada Allahyarham Azam bin Abdul Talib yang telah kembai ke rahmatullah pada 31 Mac 2003.

Al-Fatihah juga kepada semua yang telah pergi menemui illahi semoga roh mereka dicucuri rahmat.....................

Amin ya Rabbul Alamin.........................


- Argenda 12 Ogos 2008
11.45am
Assalammualaikum,

Saudara/ri diluar sana semoga diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, di beri kegembiraan yang berpanjangan, di jauhkan dari sebarang malapetaka, dipermudahkan segala urusan dan dirahmati serta diberkati Allah SWT.

Untuk pertama kalinya saya terpanggil untuk melahirkan blog saya ini setelah mendapat maklumat dari seorang sahabat tentangnya. Saya melihat ada kebaikan dan kepentingan blog ini yang dapat digunakan sebagai medium untuk memperbaiki kelemahan, memikirkan kesudahan, menmanfaatkan kesimpulan. Blog juga dapat membantu saya memperbaiki kelemahan diri dari masa ke semasa disamping meningkatkan pengetahuan dan ilmu di dada menjadi insan yang lebih baik dari masa ke semasa sehinggalah ajal mengunjung tiba.

Saudara/ri sesungguhnya kehidupan di dunia ini penuh dengan dugaan dan pancaroba yang perlu mahu atau tidak kita hadapinya. Hari ini mungkin kita tengah bergembira dan bersuka ria tetapi harus juga kita ingat esok lusa mungkin pula kedukaan menghampiri kita.Oleh sebab itu, diwaktu gembira kita tidak lupa kepada kesedihan, dan diwaktu sedih kita jgn lupa pada kegembiraan. kesimpulannya biar gembira atau duka perjalanan hidup pasti diteruskan dan walaupun dalam keadaan apa pun kita, kita tetap akan sama iaitu sebagai hamba Allah yang Maha Esa.

Oklah nukilan ini buat tatapan dan pemikiran anda semua, terpulang bagaimana hendak menafsirkannya yang penting semua adalah untuk kebaikan kita bersama.

Terima kasih saya ucapkan, khop khun khrap (dalam bahasa thai) untuk semua yang sudi singgah di permata blog saya nie......InsyaAllah ada kelapangan bersua kita lagi dengan topik-topik yang lebih bermanfaat.....

Salam Ukhwah

Ijam