Sunday, August 17, 2008

Sesejuk Embun pagi

Salam,

Bertemu lagi di pagi yang mendung dan penuh dengan kedinginan ini. Syukur kita pada Allah yang Maha Esa atas limpah rahmat dan kurnianya dapat lagi melihat dan merasai keharmonian dunia. Amin...........................................

Sungguh sejuk pagi ini, aku liputi badanku dengan jaket biru yang baru aku beli di pesta konvo USM penang semalam. (he3)..........aku kesana menghadiri jemputan kenduri kahwin sedara mara, dan kebetulan USM tengah mengadakan istiadat konvokesyen mereka aku tidak lepaskan peluang utk ke pesta konvonya...banyak barangan dijual disana, lama aku meninjau barang yang berkenan dihati sekali mataku terlirik ke sebuah kedai yang menjual pakaian2 USM disitu juga terdapat apa yang aku hajati....jaket biru untuk dipakai di pejabat nanti...aku terus membelinya dan berlalu pulang. Pagi nie tatkala pagi menjelma aku memakai jaket yang ku beli disebabkan kesejukan pagi yang menusuk ke tulang-tulangku.

Sebenarnya, apa yang ingin aku kongsikan bersama adalah berkenaan makhluk halus yang sedang hangat diperbicarakan. Adakah anda semua percaya kewujudannya?Adakah ianya rekaan semata-mata?Adakah semuanya tidak baik?

Itulah yang bermain di fikiranku, Sebelum ini aku hanya mengganggapkan perkara ini adalah perkara biasa sahaja tanpa tidak mahu mengetahuinya secara lebih mendalam. Bagiku, selagi ia tidak menggangguku aku tidak akan memikirkannya. Aku seorang anak kampung dari pulau nun di utara sana, hutan, sungai, bukit dan laut merupakan tempat permainanku semasa kecil bersama rakan-rakan. Semasa kecil aku tidak memikirkan bahaya dan malapetaka ketika bermain.. hutan tebal dibelakang rumahku suatu masa dulu aku redah sejauh-sejauhnya untuk mencari sesuatu yang aku sendiri tidak pasti cuma yg ku tahu adalah kepuasan dan keseronokan, ke sungai mandi manda sambil melakukan aksi terjun yang berbagai-bagai walhal aku pernah hampir-hampir lemas di sungai tetapi kerana keseronokan aku abaikannya. Itu zaman kecilku, zaman aku di tanah kelahiranku tapi setelah aku melanjutkan pelajaranku ke sebuah universiti di lembah klang dan pelajaran aku itu perlukan aku melakukan aktiviti perkhemahan yang mengambil masa lebih kurang satu minggu. Disini la bermula, aku mula berfikir tentang kejadian-kejadian yang berlaku semasa kecilku, cerita-cerita rakan yang pernah aku dengar dan sebagainya. Program diberi nama Tioman Quest yang berlangsung di kawasan pulau tioman yang diberi nama samungkut telah membuatkan aku mula meminati perkara-perkara halus ini yang satu masa dulu tak pernah ku amik tahu.Kejadian yang berlaku disana mula membuatkanku takut pada kekuasaan Allah dan menjadikanku lebih berani dan yakin pada diri sendiri, mungkin sahabat-sahabatku yang membaca coretan ini akan mengingati peristiwa yang akan dikenang sepanjang masa dan menjadi nadi kekuatan kita sebagai manusia di alam Allah Yang Maha Besar ini.

Dari peristiwa ini, baru ku tahu makhluk di alam lain juga mempunyai kehidupan mereka sendiri. Kita sebagai manusia juga perlu menghormati yang lain. Setahu akula, Makhluk ini ada yang baik ada yang tidak baik kalau aku salah betulkanla k, yang tidak baiknya yang manusia selalu gunakan bagi menyakitkan orang lain...mmm benci aku pada manusia yang menggunakan sihir ini kerana bagi aku mereka adalah org yang paling dayus dan tidak beraqidah.

Balik kepada peristiwa di tioman, aku serta rakan-rakan yang lain sudah mendapat tanda awal kewujudan makhluk ini semasa berada di sana tapi kerana keletihan dan tertekan kami abaikan yang hanya ada didalam pemikiran kami adalah menyelesaikan program tersebut. Banyak perkara pelik yang berlaku di sekeliling kami ketika berada disana. Akhirnya kepelikkan tersebut diterjemahkan pada malam terakhir program kami, seorang sahabat wanita tumbang dan diikuti seorang lagi, keadaan menjadi kelam kabut ada yang menjerit ada yang terpaku dan ada yang diam membatu. Ketika itu aku bersama seorang sahabat yang juga berilmu tapi dia telah kembali kerahmatullah 5 tahun yang lalu Al fatihah untuknya...........................................kami hanya menyaksikan instruktor-intruktor program mengawal keadaan tersebut, semua sahabat lelakiku diperintah untuk berada diluar khemah pusat manaka yang wanita berada di dalam khemah pusat bagi mengelakkan ramai lagi dari mereka yang mungkin akan diserang makhluk halus ini.

Arwah sahabatku ini memberitahuku, " kau nak tengok ke makhluk yang mengganggu kita nie?"
terkejut aku mendengar kata-katanya. " ish ko gila ke ape tak nak aku". dia ketawa kecil ke arah aku. setelah hampir 3 jam keadaan semuanya terkawal dan keesokan paginya kami berkemas untuk berangkat pulang. Perkara yang tidak aku endahkan sebelum ini telah pun berlaku didepan mataku, sekali lagi gangguan ini menjelma tatkala aku dan yang lain-lain menaiki bas untuk pulang ke universiti. " Ya Allah, Engkaulah Maha Besar dan Engkaulah Maha Agung "

To Be Continue.....................................

No comments: