Sunday, June 10, 2012

KINABALU SOC EXPEDITION 2012











KEJOHANAN PIALA NAIB CANSELOR 2012

Assalammualaikum,

Bulan Mei 2012, bulan yang dipenuhi dengan tugasan dan aktiviti agak memenatkan tetapi alhamdulillah keseronokan dan kepuasan bersama rakan-rakan menghilangkan rasa keletihan tersebut. bermula seawal mei aku sudah berkampung di utara tanah air untuk menyertai kejohanan piala VC UiTM . Kejohanan bolasepak tahunan yang dianjurkan untuk memberi peluang kepada kakitangan-kakitangan UiTM dari kampus-kampus UiTM di seluruh Malaysia menunjukkan bakat-bakat terpendam tanpa mengenepikan objektif dan matlamat utama iaitu mengeratkan silaturrahim dan ukhwah antara kakitangan dari pelbagai bahagian/unit mahupun kampus secara amnya. Hari pertama kejohanan, pasukan UiTM Shah Alam diundi bertemu pasukan pilihan UiTM cawangan Perak. Perlawanan yang diadakan pada jam 8.30 pagi ini akhirnya memihak kepada pasukan dari Shah Alam dengan kemenangan bergaya 4-1 sesuatu yang tidak diduga pasukan ku mampu menjinakkan pasukan pilihan ini. Keadaan cuacau yang panas di UiTM cawangan Merbok ini membuatkan pemain-pemain menjadi cepat letih dan mengganggu persembahan masing-masing tetapi atas semangat kesukanan yang tinggi pemain-pemain mengenepikan keadaan cuaca dan cuba untuk memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan. Kejohanan ini juga menjadi medan bagi pemilihan pemain-pemain yang terbaik untuk mewakili UiTM ke kejohanan terbesar IPTA iaitu Kejohanan Sukan Kakitangan Universiti Malaysia lebih dikenali dengan SUKUM yang akan berlangsung di UUM, Sintok Kedah pada awal Julai nanti. Aku merupakan salah seorang panel bagi pemilihan tersebut telah menyenaraikan sebilangan pemain yang terbaik untuk mewakili UiTM dan amat sukar juga memilih pemain kerana ramai yang berbakat dan boleh diketengahkan.

Berbalik kepada Kejohanan piala VC ini, setelah mengharungi perlawanan di peringkat kumpulan akhirnya 8 pasukan terbaik telah melayakkan diri ke peringkat suku akhir iaitu pasukan dari kampus Shah Alam, Perak, Melaka, Terengganu, Johor, Kelantan, Sarawak dan tuan rumah Kedah. Seterusnya peringkat separuh akhir menemukan pasukan Shah Alam bertemu Sarawak dan Perak bertemu Johor. Akhirnya perlawanan akhir menemukan perlawanan ulangan pembuka tirai kejohanan piala VC 2012 diantara Shah Alam dan Perak. Perak akhirnya membalas kekalahan perlawanan peringkat kumpulan dengan kemenangan selesa 3-0 mengatasi Shah Alam dan seterusnya muncul Juara bagi tahun 2012 ini. Pasukan Shah Alam terpaksa berpuas hati sebagai Naib Johan dan gagal mempertahankan kejuaraan yang dimiliki pada 2011.

Apapun keputusannya objektif dan matlamat asal kejohanan untuk menghimpunkan dan mengeratkan silaturrahim antara kakitangan diharapkan tercapai dengan jayanya.