Monday, June 15, 2009

kembali setelah sekian lama menyepi

Assalammualaikum,

Hampir sebulan aku tidak masuk ofis...dari piala VC di perak ke sukan badan berkanun terus ke sukan masum and last sekali semalam baru pulang dari sukan staff universiti malaysia di terengganu.

walaupun meletihkan tapi kepuasan tetap ada dapat juga berjalan melihat tempat orang yang pasti selepas ini aku kembali kepada keadaan biasa terperap didalam pejabat sahaja...aaaarghhh! bosannya....apa nak buat tanggungjawab dan amanah perlu di tunaikan.....insyaAllah ada kebaikannya juga satu hari nanti.

Aku ingin berkongsi dengan semua, ketika aku di terengganu baru-baru ini....kekadang aku terfikir dan bersyukur yang amat sangat kepada Allah yang maha esa...dengan kehendaknya juga aku terselamat dari apa yang berlaku di terengganu....keruntuhan stadium di saat perasmian sukan akan berlaku betul2 mengejutkan. Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan hidup kepada ku......memberi peluang memuhasabahkan diri agar lebih menjadi manusia yang berguna dan beriman...

Sementara itu, kawasan runtuhan itu menjadi tempat tumpuan orang ramai utk melihat sendiri kerosakan yang berlaku. sesiapa yang melaluinya tidak kira tua,muda,bujang atau bekeluarga pasti berhenti dan ada yang mengabdikan kenangan bergambar dengan menjadikan ia sebagai gambar latar belakang. Melihat dari tumpuan orang ramai ke stadium tersebut, peluang perniagaan mula wujud aku dapat lihat dari hari ke hari semakin ramai peniaga minuman dan makanan kecil-kecilan mula beroperasi terdiri dari anak watan di sekitar kawasan tersebut. Ini la keajaiban Allah, kita melihat dari pelbagai pandangan ada yang negatif ada juga yang positif hakikatnya setiap yang ditentukan itu sebenarnya ada kebaikan dan keburukkannya. Kita sibuk mencari punca dan salah siapa semua ini berlaku, menuding jari ke arah orang lain, menjawab segala kritikan dan menolak segala tuduhan tetapi pernah kah kita terfikir kejadian ini telah menyedarkan kita dan memberikan manfaat kepada orang lain. sepatutnya kita fikirkan kekuasaan Allah dan kehendaknya.

Aku disini bukan untuk mencari salah siapa hanya sekadar berkongsi cerita dengan semua. Okla balik ke cerita sukan aku. aku ke terengganu hampir 2 minggu menjadi jurulatih dan juga pemain walaupun tewas aku tetap berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pemain-pemain yang aku pilih mereka masih muda dan memberi mereka peluang dan pengalaman merasai bahang kejohanan besar ini akan mematangkan mereka untuk lebih baik dan berjaya pada kejohanan yang akan datang. Sedikit kecewa dengan prestasi pasukan bolasepak kerana tidak dapat menurunkan pemain-pemain yang sarat dengan pengalaman pada kejohanan kali ini membuatkan hanya sampai ke peringkat suku akhir sesuatu yang diluar jangkaan kerana hampir 10 tahun sentiasa berada di pentas Akhir.

Inila hakikatnya sukan semakin lama semakin berkembang, makin ramai atlit yag dilahirkan dan makin ramai yang menganggap sukan sekarang adalah sesuatu yang boleh menaikkan imej dan status. Aku dapat lihat bagaimana setipa universiti yang bertanding menyiapkan pasukan yang terbaik demi menjadi universiti yang terbaik dalam sukan. UNIMAP antara universiti muda di negara kita tetapi dengan perancangan dan pengambilan bekas atlit2 yang berkelayakan bekerja dengannya membuatkan mereka sekarang berada pada tahap tersendiri jauh meninggalkan pasukan lain termasuklah UiTM yang merupakan satu pasukan terkuat pada masa lalu kini sepi tanpa cabaran.Itu belum melihat universiti2 lain seperti UTHM, UMT mahupun UDM ini adalah antara universiti muda yang mampu memberi saingan dan menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Saranan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi perlu di ambil berat oleh semua Universiti demi melahirkan bukan sahaja pelajar tapi juga kakitangan yang sihat dan berdaya saing. Peruntukkan yang diberikan KPT untuk menaik taraf kemudahan-kemudahan sukan di univeristi2 menunjukkan bukti yang KPT sentiasa menyokong perkembangan sukan di IPTA dan oelh yang demikian sudah sampai masanya pentadbir-pentadbir dan pihak pengurusan memikirkannya dengan mengambil langkah-langkah yang baik bagi membudayakan sukan dan seterusnya melahirkan atlit yang berwibawa di kalangan kakitangan-kakitangan.