Thursday, August 14, 2008

Sahabat tiada ternilai




Assalammualaikum,

sekadar renungan....

Keagungan Tuhan

3 tahun bersama adalah satu jangkamasa yang panjang untuk sebuah persahabatan jika tidak dinilai dan dihayati sepenuhnya maka tiadalah maknanya erti kehidupan bersahabat. Lumrah kehidupan manusia untuk mengenangkan sesuatu yang indah dan menyeronokkan tetapi disebalik keindahan dan keseronokan itu terselit kedukaan yang merentap perasaan yang mungkin akan dikenang seumur hidup sebagai manusia di alam nyata ini.

Tanggal 31hb Mac 2003, satu kejadian yang merentap perasaan sehingga 5 tahun ia berlalu ia tetap dikenang dan diingati anugerah tuhan yang maha esa.
Lahirnya kedunia ini, memberikan kegembiraan semua yang selalu berada disekelilingnya. Ilmunya, jasanya, kebaikannya, kegembiraannya membayangkan betapa indahnya keperibadiannya yang mungkin suatu masa nanti diberi kesempatan sekali lagi untuk bersama tak mungkin dipersiakan begitu sahaja. Sang Ibu meratap pilu pemergiannya kerana tidak puas untuk menikmati hidup bersama dengannya. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosanya dan tempatkanlah dia di kalangan orang yang diredhaimu.

Setelah 5 tahun berlalu, inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ku ke mahligai sahabat yang dirindui dan disayangi. Ketika dia dijemput oleh pencipta yang maha esa aku tidak bersamanya dan tidak berkesempatan menatap wajahnya tidak juga mengiringinya ke pusaranya.Aku tidak sanggup untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya kerana bagiku dia tetap hidup dihatiku.Sebaik ku menjejakkan kaki di mahligainya daun pintu mahligai terbuka dan wajah ibu yang ku amat kenali muncul di sebaliknya.Hatiku sebak lantasku mengucapkan salam dan dia membalas dengan senyuman seorang ibu yang kesepian ku hulurkan tangan tanda hormat manusia terhadap yang lebih berusia. Setelah memperkenalkan diri, aku dipelawa masuk dan alangkah pilu rasa hati ini setelah sekian lama akhirnya aku menjejakkan kaki ke rumah yang pernah aku jejaki suatu masa dlu bersama sahabatku.

Permulaan bicara yang penuh dengan hiba itu, wanita yang digelar ibu itu lantas bangun menuju ke bilik. Mataku meliar disegenap pelusuk ruang mahligai itu untuk mengingati kenangan-kenangan lalu yang pernah aku kecapi di sini. Ibu keluar dari biliknya dengan membawa beberapa barang dan aku tertanya-tanya apakah yang cuba diberikan kepadaku dan apakah maksud ibu tadi mengeluarkan barang-barang tersebut. Akhirmya terjawab barang-barang itu merupakan album-album gambar lama sahabatku. Aku selak satu persatu gambar-gambarnya betapa hiba dan sedihnya hati ini melihat kembali wajah insan yang digelar sahabat ini sambil mendengar rintihan si ibu tentang anaknya. Dari rintihannya itu ia menceritakan betapa terasa kehilangan seorang anak yang begitu dihargai olehnya aku amat memahaminya kerana aku juga merasakannya walaupun sudah 5 tahun ia berlalu tentunya si ibu amat terasa keperitannya kerana setahun selepas kehilangan anak kesayangan dia kehilangan suami tercinta dan seterusnya bonda tersayang.Diselang seli dengan tangisan, ibu terus menceritakan kisah-kisah hidup anaknya dan aku menjadi pendengar yang setia kerana setiap katanya menyatakan kebenaran tentang sahabatku.Tersentap hatiku bila si ibu menceritakan bahawa setiap petang dia akan menyelak ratusan gambar sahabatku untuk menyatakan kerinduan terhadap insan yang disayangi.

Ya Allah sesungguhnya kau la yang maha mencipta dan maha berkuasa, hampir 2 jam berada di mahligai sahabatku ini tiba masanya aku minta izin untuk pulang dan sebelum aku pulang ingin aku menunaikan hajat hatiku untuk menatap pusara sahabatku buat pertama kalinya setelah 5 tahun pemergiannya. Si ibu begitu sedih tatkala aku menyatakan hendak pulang linangan air mata mengiringi kepulanganku dan kata-kata si ibu itu membuatkan aku rasa teramat terasa dan sedih " Makcik anggap macam anak makcik senang-senang datang la lagi " ungkapan itu membuatkan aku rasa aku perlu datang melawatnya disamping melawat pusara sahabatku.

Aku berlalu pergi dengan hibanya menuju ke pursara yang tidak berapa jauh dari mahligainya. Disisi pusaranya aku sedekahkan Al-Fatihah untuk kesejahteraan dia di sana.

Sahabatku, belum puas aku mempelajari ilmu darimu kau telah pergi dulu, kenangan indah ketika bersama akan ku kenang dan ingati selalu, terima kasih atas ilmu dan jasa yang telah engkau kongsikan bersama. Sesungguhnya kaulah sahabat di dunia da akhirat.Doaku sentiasa mengiringi mu dan semoga Allah menempatkan kau dikalangan orang-orang yang soleh.

Amin................................................

Al-Fatihah kepada Allahyarham Azam bin Abdul Talib yang telah kembai ke rahmatullah pada 31 Mac 2003.

Al-Fatihah juga kepada semua yang telah pergi menemui illahi semoga roh mereka dicucuri rahmat.....................

Amin ya Rabbul Alamin.........................


- Argenda 12 Ogos 2008
11.45am

No comments: