Wednesday, December 18, 2013

KHRABI, THAILAND.......PERCUTIAN BERSAMA TEMAN-TEMAN

Alhamdulillah dengan izinnya dapat la aku, wife dan rakan-rakan sampai ke khrabi dengan menempuh perjalanan hampir 600km. Mini konvoi katanya dengan 3 buah kereta perjalan bermula dari sg buloh ke bukit kayu hitam dan seterusnya ke khrabi. Jarak dari sempadan bukit kayu hitam ke khrabi hanya sejauh 215km kiranya lebih kurang dari KL ke IPOH la tetapi perjalanannya mengambil masa 3 ke 4 jam untuk sampai berbanding kl-ipoh dalam 2 jam dah boleh sampai. Letih juga la driver sementara nak sampai ke destinasi. Sebelum ke sana banyak rakan-rakan yang berpesan kalau bawa kereta kerna berhati-hati sebab di sana kalau orang langgar kita atau kita langgar orang kita tetap salah dan ada juga dengar cerita kalau kita kemalangan nak selesaikan dan bawa kereta balik ke Malaysia perbelanjaannya menjangkau 5000 USD. Dengar memang tak masuk akal tetapi ada yang dah terkena pun. Mula-mula risau juga la nak 'drive' kesana tapi aku tawakal pada yg maha esa mudahan perjalanan ini dirahmati dan dibawah lindungannya. Alhamdulillah sepanjang perjalanan pergi dan kembali tiada sebarang masalah berlaku. 

Aku just nak kongsi la pengalaman ke khrabi dengan menaiki kereta sendiri ni. Mungkin dah ramai berkongsi cerita perjalanan masing-masing tetapi mungkin situasi dan keadaannya adalah berbeza. Seperti yang pernah anda tahu krabi merupakan suatu kawasan tarikan pelancong di Thailand. Sebelum ke sana untuk menaiki kenderaan kita perlu menyediakan beberapa perkara yang diperlukan seperti semestinya pasport perjalanan, geran kereta (photostat), insuran thailand, Kad putih semua ini diperlukan sebelum memulakan perjalanan ke negara jiran ini. Tak payah susah nak buat dekat sempadanntu, semua kita boleh selesaikan dekat stesen minyak caltex menghala ke bukit kayu hitam siap dia isikan lagi untuk semua bayar rm1 lepas tu terus ke sempadan. 

No comments: