Sunday, March 15, 2009

TIADA MASA REHAT

Salam,

sudah 2 minggu aku rasa bekerja tanpa cuti.....sungguh meletihkan tapi kerana tanggungjawab dan amanah kena lakukan juga. Sibuk dengan peperiksaan Professional Exam III final exam bagi pelajar2 medic banyak yang perlu diuruskan hanya tinggal seminggu akan berlangsung yang pasti kerja akan sampai larut malam untuk memastikan perjalanan peperiksaan yang paling besar dalam tempat kerja aku ni. Letih memang meletihkan tetapi aku tetap enjoy dalam melakukan pekerjaan ini bangga bila melihat anak2 melayu berjaya menjadi doktor dan professional penat lelah membantu di belakang tadbir akan berbaloi setelah mereka semua berjaya.

Sudah hampir 3 tahun aku disini banyak pengalaman dan kemahiran yang dipelajari dalam masa yang sama dapat mengenali kelakukan manusia yang berbeza-beza....hari ini bermula lagi kerha baru yang makin bertambah....terpaksa aku melupakan sukan bolasepak aku sejenak, rakan2 tidak henti sms dan mengajak untuk beraksi tapi apakan daya terpaksa ditolak dengan alasan yang baik agar2 rakan2 tidak berkecil hati...tapi tak ape....berakhir sahaja exam ini pasti aku akan turun kembali ke padang.....pada kawan2 tunggu kedatangan hamba!!!!!!

No comments: