Thursday, October 29, 2009

Mahasiswa gemilang




Salam,
baru-baru ini aku ke kolej matrikulasi johor di tangkak mewakili fakulti untuk memberikan ceramah kerjaya dan fakulti kepada pelajar-pelajar matrikulasi yang juga bakal menjadi mahasiswamahasiswa IPTA suatu hari lagi.
3 hari booth yang dibuka menjadi tumpuan mungkin kerana nama universiti yang sudah tentu gah di mana-mana menjadikan ramai pelajar berpusu-pusu utk mendapatkan maklumat yang bakal menjadi penentu untuk masa depan mereka.
Seronok dengan perkembangan ini walaupun terpaksa bercakap berulang-ulang kali aku tetap gembira dan berpuas hati setidak-tidaknya aku telah membantu adik-adik dalam memilih bidang yang ingin mereka ceburi setelah berakhirnya matrikulasi.
Satu perkara yang membuatkan aku tersenyum adalah di sebelah malamnya adalah aku diberi slot untuk memberikan ceramah berkaitan fakulti, kelayakan kemasukan dan lain-lain lagi maklumat dan ceramah itu berlangsung di Masjid Kolej matrikulasi itu sendiri.
Sedang seronok memberi ceramah hampir 1 jam 30 minit, ceramah pun berakhir. Aku terus terfikir adakah ceramah aku ini didengar oleh pelajar yang berada didalam masjid sahaja tetapi sebenarnya AJK telah memberikan aku mikrofon yang tok bilal dok azan tue, rupanya satu kolej, kampung sebelah pun ble dengar huhuhu..pengalaman!pengalaman! harap-harap apa yang aku lontarkan semasa ceramah tidak menyinggung atau memberi masalah kepada orang lain.....
hari kedua aku disana aku sempat mandi manda di kaki gunung ledang, sudah lama aku x menjejakkan kaki ku ke sana selepas kali terakhir semasa program ledang gah 2004 bersama PERLU (igt lagi pakai baju ledang gah yang pegang sikit terus koyak, baru nak pakai rabak)n huhuhuhu....yang lelaki okla yg wanita tue yg bahaya tue..he3...teringat program tue bersama-sama instruktor PERLU yang lain shela,nik syariman, rizal, pia, tini, sal, siti,awin dan ramai lagila....mendaki hingga ke puncaknya......suatu pengalaman yang aku dapat di sini adalah bila aku berada di puncak dan hujan berada di bawahku....ha bukan senang nak dapat tue.....pastue berlari turun dari puncak sebab dah nak malam siap kene tegur lagi huuhu seram gakla.....
Semasa tengah mandi-mandi tiba2 aku terasa kakiku mcm dicubit-cubit, menggelupur jap aku igt ape bendanya,rupanya anak2 ikan gigit betis....terus aku teringatkan SPA ikan yang kat KL di cas RM 15 utk setengah jam....rupanya kat ledang pun ada...aku terus x mandi naik atas lepak sambil rendam kaki lam air....pergh memang best ar bila ikan sebesar tapak tangan pun mematuk..mula-mula geli gak pastue layan je....sedar x sedar dah hampir kul 7 mlm..he3....lupalak malam tue nak kene present he3....relax!, tenag n cool cam biasala....
huhuhuhuh



1 comment:

yazilahyazir said...

salam ejam..
ko mmg layak buat ceramah tu..hehehhe..ko mmg bagus..hehhehe..tahniah la..lain kali aku panggil ko lak gi buat ceramah kat uthm eh..hehhe