Monday, December 22, 2008

Assalammualaikum,

Hari nie sampai awal ke tempat kerja alhamdulillah jalan pun tak jem sangat seperti semalam.
So sempatla singgah beli nasi lemak sambal udang buat santapan pagi nie. Sampai ofis lengang sebab semua pensyarah ke kampus induk shah alam ada mesyuarat, tenangla hari ini berkesempatanla nak menjenguk blog nie he3..esok saya pulak yang akan ke shah alam bagi menguruskan barang-barang dan peralatan yang akan di bawa ke kolej matrikulasi pulau pinang untuk program minggu kerjaya di sana 3 bulan terakhir tahun nie memang outstation sahaja seronok sangat dapat juga kerja outdoor nie ha3 kalau tak lepak dalam opis sahaja.hujung-hujung tahun nie cuti pun banyak kesempatan inila nak bercuti pulang ke kampung halaman di Pulau Lagenda....(excited nie lama dah tak balik).....rindu sangat kepada keluarga dan suasana kat sana.

Apa lagi la yang hendak dilontarkan nie...mmm banyak idea tapi nak terjemahkan ke dalam perkataan nie yang susah sikit..ha...kerja memang seronok disini tetapi niat dihati untuk melanjutkan pelajaran memang berkobar-kobar nie...kesempatan kali nie TPM dah keluar iklan saya memang akan memohon dan saya harap kali ini ada peluang saya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang saya minati setelah gagal kali mendapatkan tempat pada TPM yang lalu. Saya sedih TPM yang lalu ada rakan-rakan yang sama-sama temuduga dengan saya berjaya mendapat tempat tetapi tidak melanjutkan pelajaran alangkah baiknya peluang itu diberikan kepada saya ataupun orang lain yang lebih berminat. Jika tidak mungkin saya sudah pun menamatkan pengajian saya...aduh!!! sad its really sad....tapi kita sentiasa berfikiran positif mungkin ada sebab dan hikmahnya saya tidak diberi peluang masa itu Allah tue maha Adil dan maha mengetahui kan.....InsyaAllah kali ini saya akan berusaha lebih gigih dan lakukan yang terbaik dan berdoa untuk saya mendapatkan tempat dalam TPM.

Pada rakan-rakan yang berminat pohonla inilah peluang kita meningkatkan diri kita bukan untuk mendabik dada tetapi memperbaiki kelemahan, memberi didikan kepada generasi baru dan seterusnya membantu anak bangsa kita mencapai impian dalam hidup.

ini saja cetusan hati hari ini, insyaAllah kkita jumpa lagi....wassalam


p/s : Jika kita berfikir dan merancang, janganlah memikirkan dan merancang untuk esok tetapi fikirkan dan rancangkan la untuk lusa

fikir-fikirkanla

No comments: