Tuesday, October 27, 2009

Al-fatihah buat neneknanda

Alhamdulillah, arwah atuk telah selamat disemadi di Jitra kedah pada jam 11 pagi semalam, semoga roh beliau dicucuri rahmat insyaallah...

syukur pada Allah kerana diberi kesempatan dan mempermudahkan urusan hambamu ini untuk pulang ke kampung dan menatap wajah atuk yang ku sayangi buat kali terakhir....

Atuk,

Sesungguhnya masa kecilku aku sangat bergembira kerana sentiasa berada disampingmu,
engkau melayan dan menjagaku seperti anakmu.

Atuk,

Engkau sentiasa memberi dorongan kepada ku,
berusaha memenuhi impianku,
Engkaulah yang aku sanjungi dan sayangi
sehingga akhir hayatku..

walaupun kau pergi dulu sebelum ku
aku tetap akan merindui gelak tawa mu,
telatah mu melayan cucumu.
akan sentiasa dihatiku

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu
ditempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh
dan dijauhkan dari siksaan api neraka dan ditempatkan di syurga

insyaAllah....amin

1 comment:

yazilahyazir said...

salam ejam..
takziah...
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman dan soleh..
aku tahu ko seorang yg tabah, sabar ye jam...
salam takziah sekali lagi...
Al-Fatihah...