Wednesday, October 21, 2009

Assalammualikum

Aku hampir terlupa bahawa aku ada blog, thanks shila mengingatkan aku...2 bulan ini aku amat sibuk dengan kerja dan kerja luar. Letih juga badan dibuatnya...apatah lagi terpaksa meninggalkan aktiviti sukan yang sudah semestinya kesukaan aku.....rasa lemah satu badan x bertenaga kerana langsung aku tidak dapat menari di lantai futsal, menendang bola di padang...aduhh!!! rindu aku utk melakukan semua itu......

aku sudah 3 hari cuti kecemasan pulang ke kedah menziarahi atuk aku yg sekarang dalam keadaan kritikal akibat penyakit usus, sayu hati melihat sekujur tubuh terbaring kaku diliputi dengar wayar-wayar yang berselirat yg disambung antara mesin dan badan. Sehingga ke hari ini keadaannya masih begitu tapi apa kan daya aku terpaksa pulang utk bekerja walaupun sebenarnya berat hati utk meninggalkannya dalam keadaan sedemikian. Aku berdoa agar atuk cepat sembuh dan kembali seceria dulu.Amin!!.

Walaupun aku tinggal di Langkawi semasa kecil aku, atuk akan datang mengambil aku bila cuti sekolah untuk tinggal bersamanya di Jitra, aku sgt rapat dengannya beliau seorang yang ceria dan selalu mendorong aku utk aktif dalam bolasepak. Beliau amat meminati bolasepak seperti juga aku pantang berjumpa mesti perkara bolasepak ini akan dibualkan.

tapi itu dulu, sekarang atuk tidak lagi bercakap atau membuka matanya ketika aku melawatnya menitis air mataku kerna tidak dapat berbual dengannya dan sedih dan pilu melihat keadaannya di ICU. Sebelum aku pulang kembali ke kota kesempatan menziarahinya dapat juga aku mencium pipinya untuk melepaskan kerinduan kepadanya. Ya Allah permudahkanla segala urusan berila kesihatan yang baik kepada atuk semoga atuk kembali sihat dan ceria seperti dulu, sesungguhnya cucumu ini amat menyayangi dan merindui mu Amin!amin!

3 comments:

Mata Gangsa said...

zam... tenang2..! ambik cuti laa klau busy sangat..

yazilahyazir said...

Salam ejam..
Update selalu ye..ko banyak pengalaman menarik pasal ko banyak cite kat aku dulu..
Apa pun, aku doakan semoga atuk ko cepat sembuh dan ko tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran.

Unknown said...

ok thanks to all...

ok shel insyaallah apa yang bole dikongsikan aku akan kongsi kan...